Uncategorized

Tabung Usahawan FELDA

Aspirasi Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF) adalah untuk memangkin pertumbuhan ekonomi golongan belia FELDA terutamanya di dalam Rancangan, melalui penglibatan di dalam aktiviti keusahawanan. FELDA memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM10 juta yang akan diagihkan dalam bentuk dana pembiayaan untuk tujuan perbelanjaan modal (capital expenditure), bagi meningkatkan atau menaik taraf kapasiti, skala atau potensi perniagaan usahawan belia. Kelebihan pembiayaan TUBF ialah ianya satu skim pinjaman 0% keuntungan yang patuh syariah, tanpa caj perkhidmatan dan disertai siri latihan pengukuhan sepanjang tempoh pembiayaan. Di samping itu, TUBF dijangka mewujudkan kesan limpahan dalam bentuk peluang-peluang pekerjaan bagi memenuhi peningkatan aktiviti keusahawanan. Kaedah pengurusan dana tersebut adalah berkonsepkan dana pusingan (revolving fund) bagi menjamin kelestarian program.

 

Leave a Reply